Kabar tutorial

Thursday, March 19, 2020

KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHOLAWAT KEPADA RASULULLAH

| Thursday, March 19, 2020

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali meriwayatkan bahwa ada seorang lelaki yang lupa membaca sholawat kepada Rasulullah ﷺ

SHOLAWAT


Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ tidak mau menoleh kepadanya, lalu dia bertanya:
"Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?"

Rasulullah ﷺ menjawab:
"Tidak"

Beliau bertanya lagi:
"Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?"

Rasulullah ﷺ menjawab:
"Kerana aku tidak mengenalmu"

Lelaki itu bertanya lagi:
"Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama' meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya."

Rasulullah ﷺ menjawab:
"Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingatiku dengan bershlawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan sholawat mereka kepadaku."

Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk bersholawat kepada Rasulullah ﷺ setiap hari 100 kali.

Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rosulullah ﷺ lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu."

Yakni karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah ﷺ

Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ﷺ hendaklah ia perbanyakkan bacaan sholawat.

Related Posts

No comments: